Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto tidak memakai baju di Instagram.
BACA: Iman Troye Selamat Bertunang? Ini Respon Balas Naim Daniel
Menerusi hantaran itu, Naim dilihat berdiri di samping sebuah motosikal menayangkan susuk tubuhnya yang ‘sado’. Bersama itu disertakan kapsyen ringkas ‘Go Easy On Me’.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat meninggalkan pelbagai reaksi. Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan perubahan badan pelantun lagu ‘Sempurna’ itu.
Namun, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dan berpendapat Naim tidak sepatutnya menunjukkan bentuk badannya kepada umum.
Kredit: Instagram Naim Daniel
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.