Oh! Artis

“Nak Tolong, Tolong Terus” – Naim Daniel Pertikai Menteri Buat Majlis Pelancaran Bantu Mangsa Banjir

Published on

Banjir di Kelantan dan Terengganu khususnya telah menyebabkan bekalan seperti air bersih dan juga makanan begitu terhad memandangkan rumah-rumah mereka habis ditenggelami air.

BACA: Naim Daniel Tayang Badan ‘Sado’, Netizen Tegur Jaga Aurat

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur.

Hantaran dimuat naik Bernama itu telah menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan majlis pelancaran yang dilakukan.

Naim Daniel selar tindakan menteri

Antara yang menyelar tindakan tersebut ialah penyanyi terkenal, Naim Daniel yang mempertikaikan tindakan kementerian yang melakukan majlis pelancaran bagi membantu mangsa banjir tersebut.

Menerusi ciapannya itu, Naim berpendapat bahawa sekiranya mahu membantu mereka yang terjejas dengan banjir, seeloknya tidak dilakukan majlis pelancaran seperti itu kerana ia melibatkan pembaziran.

Nak tolong, tolong terus. Mangsa banjir tengah dalam kesempitan sekarang ni.

Budaya lancar-melancar dan rasmi-merasmi yang bazir masa dan duit ni boleh berhenti dah. Come on.

Namun begitu, rata-rata netizen kurang sependapat dengan Naim dengan mengatakan bahawa pasti ada sebabnya mengapa majlis pelancaran membantu mangsa banjir itu dilakukan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version