Oh! Artis

MUSM (Miss U So Much), Aplikasi X Trending Dengan Kod Rahsia Aliff Kepada Ruhainies

Published on

Banyak betul perkara yang terbongkar tentang isu antara Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah. Tak cukup dengan tu, ada lagi nama selebriti lain yang turut dipetik terlibat dengan isu mereka. Semua ini datang dari seorang wanita yang mengaku skandal Aliff, Sarah Yasmine.

BACA: Skandal Bongkar Segala Perbualan Aliff Aziz Dengan Ruhainies Di WhatsApp

Apapun, ketika ini sedang trending di aplikasi X tentang kod rahsia atau singkatan yang digunakan Aliff kepada Ruhainies. Kod ‘MUSM’ atau sebenarnya singkatan untuk ‘Miss U So Much’ menjadi topik hangat sekarang ni.

Bukan kod tu sahaja, Ruhainies juga dilihat memberikan singkatan seperti ‘LU’ untuk ‘Love U’ dan ‘LUM’ untuk ‘Love U More’.

Selain dari kod rahsia ni, nama Aliff Aziz juga menduduki carta teratas sebagai isu trending di Malaysia. Boleh dilihat, 5 top trending Malaysia adalah berkait dengan isu mereka termasuklah, Sarah Yasmine, Bella Astillah dan Ruhainies.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version