Oh! Artis

“Mungkin Itu Permintaan Terakhir” – Genap Setahun, Shuib Kongsi Kenangan Paling Sebak Bersama Siti Sarah

Published on

Begitu pantas masa berlalu, hari ini genaplah setahun pemergian penyanyi kesayangan ramai Siti Sarah Raisudin akibat jangkitan Covid-19.

BACA: Shuib Akui ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Allahyarham Siti Sarah

Menerusi perkongsian di Instagram, suami allahyarham iaitu Shuib berkongsi video yang selalu membuat dirinya sedih.

Dalam video itu, kelihatan Sarah yang sedang mengandung lima bulan berjalan menuju ke kereta untuk makanan di restoran kesukaannya.

Kata Shuib, isterinya ketika itu beberapa kali menelefonnya ajak makan dan ketika Shuib menjemputnya, jelas terpancar kegembiraan di wajah isterinya.

Dalam kesempatan itu, Shuib menasihati para suami di luar sana supaya menghargai isteri masing-masing sementara mereka masih ada. Cubalah sehabis baik untuk menunaikan permintaan isteri kerana itu berkemungkinan permintaan terakhir mereka.

Alfatihah untuk allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version