Menerusi hantaran dimuat naiknya itu, Shuib memaklumkan bahawa anggota tentera tersebut bukanlah dirinya meskipun mempunyai raut wajah yang lebih kurang sama dengan dirinya.
Dalam pada itu, Shuib juga menanam hasrat untuk berjumpa dengan abang askar tersebut dengan meminta warganet untuk memetik nama anggota tentera itu di ruangan komennya.
Ade yg kenal ke Abang ni? tolong tag dia please, teringin nak jumpa.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut dan bersetuju bahawa raut wajah anggota tentera itu persis seperti Shuib.
Hahaha boleh tahan sama juga muka diorang berdua ni.