Gara-gara memuat naik foto nampak rambut di Instagram, pelakon Fathia Latiff mengundang tanda tanya sama ada dia kini sudah tidak berhijab. Haih, apa kes pula Fathia Latiff ni?
Dalam hantaran yang dibuat, Fathia yang sebelum ini bertudung penuh hanya memakai topi dan bahagian leher serta telinga juga terdedah.
Rata-rata daripada netizen mula menyerang pelakon ini mengungkit niatnya yang sebelum ini mahu terbang ke Gaza pada tahun hadapan. Dia turut memohon doa daripada netizen agar dirinya syahid di sana.
Fathia bagaimanapun telah menutup bahagian komen selepas menerima asakan bertubi-tubi daripada netizen. Haih lumrah lah jadi artis, sentiasa jadi perhatian kan? Doakan yang terbaik buat Fathia.