Oh! Artis

Mizz Nina Mohon Bantuan Orang Ramai, Sedang Usaha Cari Sepupu OKU Hilang

Published on

Lupakan soal isu rumah tangga mereka sebab sekarang kita kena bantu Mizz Nina. Dalam hantaran terkini Nina di Instagram, dia meminta bantuan orang ramai untuk mencari sepupunya yang hilang sejak beberapa hari lalu.

Nina turut berkongsi maklumat tentang sepupunya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU). Bernama Khairina Binti Mohd Hishamuddin dan telah hilang sejak 13 Ogos 2022.

Kali terakhir sepupunya dilihat di sekitar perumahan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apa yang lebih merisaukan adalah Khairina tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak dapat dikesan.

Oleh itu, Nina berharap orang ramai yang terlihat Khairina di mana-mana untuk terus menghubungi nombor telefon di bawah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version