Oh! Artis

“Memang Sekarang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Ke?” – Fizi Ali Seperti Perli ‘Seseorang’ Di IG Story

Published on

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia ada memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

BACA : “Hidup Aku Dah Jahanam Sekarang, Semua Sebab Kau” – Fizi Ali Hilang Sabar Dengan Bekas Isteri

Dalam Instagram Story tersebut, Fizi telah menyentuh mengenai isu bercinta dengan suami orang dan ‘perampas’ namun tidak menyebut nama sesiapa secara langsung dalam hantarannya itu.

Sebelum ini, duda anak satu ini ada terang-terangan meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri di media sosial.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai setelah tiga tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaiti Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.

Kredit: Instagram Fizi Ali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version