Oh! Artis

Marissa Dania Akhirnya ‘Up’ Foto Berdua Dengan Aslam, Seiras Betul!

Published on

Anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim nampaknya sudah mula berkongsi mengenai suami.

BACA: “Kuatnya Kasih Sayang Antara Kami, Lillahi Taala” – Keluarga Kembali Bersatu, Netizen Puji Abby Abadi

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, si cantik manis ini dilihat memuat naik foto berada di samping suami.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika pasangan ini berkunjung ke rumah Norman Hakim untuk majlis rumah terbuka semalam.

Di ruangan kapsyen, pempengaruh dan juga model muslimah ini hanya meletakkan emoji lambang hati berwarna putih.

Sementara itu, abang kepada Marissa iaitu Danish Hakim dilihat sangat akrab bergambar mesra bersama adiknya.

Kredit: Instagram Marissa Dania

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version