Oh! Artis

“Mandi Parit Je Lah” – Video Mesra Da’i Syed Dan Isteri Mandi Pantai Buat Kaum ‘Single’ Meroyan

Published on

Tular di media sosial rakaman video dimuat naik pendakwah selebriti, Da’i Syed menunjukkan dia sedang mandi di pantai bersama isterinya, Hana Ismail.

BACA: Pernah Tragis Dikecam, Da’i Syed Maafkan Semua Orang Selepas Bebas Tuduhan Cabul

Rakaman yang memaparkan kemesraan pasangan suami isteri itu telah menarik perhatian warganet dan mengundang rasa cemburu buat golongan yang masih lagi single.

Bersemut betul

@daisyed_

Sapa suruh bagi ana mandi sorang-sorang

♬ suara asli – Deny – Deny

Video viral itu memaparkan Hana sedang memberi kain tuala buat suaminya sebelum mengajaknya keluar daripada pantai. Walau bagaimanapun, Da’i Syed bermain-main dengan isterinya dan seakan-akan mahu menarik Hana ke dalam laut.

Kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka telah membuatkan segelintir netizen ‘bersemut’. Ada juga yang menganggap tindakan itu tidak menghormati orang yang masih lagi tidak berpunya.

Haih, apa-apapun Da’i Syed dengan Hana memang nampak sweet.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version