Pelakon cantik yang sedang meningkat naik, Daiyan Trisha dikatakan telah memuat naik video di TikTok miliknya yang membuatkan ramai peminat berasa cemburu, eh kenapa pulak tu?
Video tersebut menunjukkan dirinya sedang bertemu dan bergambar dengan seorang pelakon Thailand popular, Gulf Kanawut.
Ramai cemburu
Melalu perkongsiannya di TikTok itu, rata-rata peminat meluahkan rasa cemburu dan iri hati apabila Daiyan dapat bergambar dengan pelakon drama TharnType itu.
Hmm, kalau dapat bergambar dengan pelakon antarabangsa yang kacak tu, siapa pun mesti rasa jealous, bukan?