Oh! Artis

Sophia AlBarakbah Sorok Identiti Kekasih? Lepas Gambar Peluk Di Wayang, Kali Ni Dalam Wad Pula

Published on

Pelakon cantik berdarah kacukan, Sophia AlBarakbah mula menjadi tumpuan selepas dia dikaitkan dengan rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Namun pelakon cantik ini enggan mengeluarkan kenyataan kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan ketika itu.

Terbaru, Sophia menimbulkan tanda tanya sama ada lelaki dalam gambar mesra di panggung wayang adalah teman lelakinya memandangkan mereka dilihat berpelukan siap berselimut.

BACA: Sophia Albarakbah Selamba Peluk Lelaki Baru Dalam Wayang Dikecam Netizen

Sophia Albarakbah peluk lelaki

Selepas gambar di wayang, Sophia ada berkongsi video memaparkan dirinya sedang terbaring di katil hospital. Kelihatan seorang jejaka berjambang sedang berjalan ke arahnya untuk rawatan.

Lelaki berjambang dalam wad

Memetik laporan Utusan, heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah sebelum ini mengakui hatinya sudah dimiliki, namun memegang prinsip tak akan dedah identiti lelaki tersebut selagi belum sah berkahwin.

Katanya lagi, dia tak mahu terlalu mencanang kekasih dan memberi tempoh tiga tahun untuk merancang ke arah hubungan yang lebih serius.

Kredit: Instagram Sophiekoshka

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version