Kata Fathia, Zahirah kelihatan seperti seorang bibik dan bibir mungil itu didakwanya dibuat di Australia. Kalau tengok di Instagram, ada banyak lagi ayat-ayat provokasi yang dilemparkan Fathia. Aduhai..
Fathia muat naik gambar masa kecil Zahirah
Setakat ini, Zahirah tidak memberi sebarang respon untuk membalas kenyataan Fathia. Namun, ibunya Maslinda Yusoff ada memuat naik foto anak memuji kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
Kata Maslinda, kecantikan anaknya itu bukan sekadar rupa paras tetapi hatinya juga cantik. Dengan penuh rasa sayang, Maslinda memuji Zahirah kerana menjadi seorang anak, isteri dan ibu yang penyayang.
Respon ibu Zahirah bila anak kena kutuk
Di ruangan komen, para peminat memberikan kata-kata semangat meminta keluarga ini mengabaikan provokasi yang sengaja dibuat Fathia.