Oh! Artis

“Lagi Advanced Dari Ira Kazar” – Isteri Hafidz Roshdi Dakwa Suami Diganggu Penyondol Di IG

Published on

Sebelum ini viral dakwaan seorang pelakon lelaki berpewatakan alim berlaku curang dengan isterinya. Rata-rata netizen memetik nama Hafidz Roshdi berdasarkan ‘hint’ yang dilapor media.

Namun, Hafidz Roshdi menafikan dakwaan curang dan memberikan sebab tersendiri mengapa memadam gambar isteri di Instagramnya.

BACA: “Ada Popcorn Kat Sini” – Muat Naik Gambar Isteri, Hafidz Roshdi Bukti Rumah Tangga Tiada Masalah

Terbaru, muncul pula kisah panas dan pendedahan daripada isteri pelakon lelaki itu sendiri di sebuah forum hiburan.

Menurut sumber, isteri Hafidz, Nurul Shuhada ada memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story berbaur kekecewaan dipercayai berpunca daripada sikap seorang wanita yang didakwa ‘penyondol’.

Dalam hantaran itu, Shuhada berterima kasih kerana telah membuatkan dia dan anak-anak menderita. Shuhada turut meluahkan rasa bodoh kerana terlalu bersangka baik selama ini.

Dakwanya, tindakan penyondol itu lebih teruk daripada Ira Kazar kerana dikatakan turut datang ke rumah. Dia meninggalkan pesan kepada pengikut Instagramnya supaya berhati-hati jangan terlalu mempercayai seseorang.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Humairah pada 9 September 2017. Pada September 2020, mereka mendapat seorang bayi lelaki yang diberi nama Umar.

Kredit: Beautifulnara | Forum Cari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version