Shima berkata adalah tidak adil jika konsertnya sahaja dibantah tetapi konsert-konsert artis lain dibiarkan sahaja.
Dalam hantaran terbaru, PU Syed menafikan dakwaan beliau memilih artis-artis tertentu dalam memberi teguran.
Mengenai isu konsert di Ketereh Kelantan, PU Syed sendiri telah membuat catatan dan meminta Baby Shima membacanya dengan baik.
Jadi menurut beliau, dakwaan Baby Shima bahawa dia berdiam diri adalah salah. Lebih kesal lagi apabila menegur dan membantah sesuatu perkara dianggap menyalak bagi artis ini.
PU Syed turut memberi pesanan supaya penyanyi dangdut tersebut berubah jika sedar persembahannya tidak senonoh dan melanggar syariat Islam.