Di Instagram, Bella ada berkongsi video berada di mahkamah berlatarkan lagu nyanyian Billie Eilish bertajuk ‘What Was I Made For’.
Tetapi, hantaran itu tidak disertakan sebarang kapsyen untuk menyatakan perasaannya ketika ini.
Di ruangan balas, netizen termasuk rakan artis membanjiri komen dengan kata-kata semangat buat Bella. Kata mereka, ibu kepada dua orang anak ini berhak merasa bahagia dan tidak lagi disakiti.
Menurut Didie Alias, inilah jalan terbaik supaya jiwa dan raga Bella tidak lagi terseksa dengan perbuatan khianat suami sendiri.
Katanya lagi, Allah SWT akan sentiasa ada selagi mana ibu-ibu menjaga anak dengan sepenuh hati.