Semalam Ohmedia ada kongsikan luahan dari seorang influencer di Twitter yang rasa tak puas hati dengan sikap dan layanan pembantu peribadi kepada Khairul Aming.
BACA: “Manager Tokti Tak Kekwat Macam Kau”- Ramai Kecam PA Khairul Aming, Dakwa Mulut Puaka
Individu yang bermasalah bukan pembantu peribadi Khairul Aming
Khairul bagaimanapun sedar dengan isu ini dan mengakui terlepas pandang serta memohon maaf kepada semua yang pernah mengalami layanan buruk. Khairul turut menjelaskan masalah itu bukan datang dari pembantu peribadi tetapi pengurusnya.
Tidak menunggu lama, hari ini Khairul membuat keputusan untuk memadam semua nombor pengurusnya di media sosial dan sebarang urusan selepas ini akan diuruskan sendiri olehnya. Khairul akan mengambil alih tugasan itu sehingga jumpa pengganti yang sesuai.
Buat keputusan henti penghasilan video klien
Khairul kemudian membuat permohonan maaf sekali lagi kepada semua dan mengakui dirinya terlalu percaya dengan kawan untuk menguruskan segala hal tanpa periksa hasil kerjanya.
Ramai nasihat asingkan kawan dengan perniagaan
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.