Baru-baru ini, Caprice telah memuat naik satu posting di Instagram mengatakan dirinya mahu berkolaborasi dengan usahawan, Aliff Syukri. Tetapi, warga net menganggap ianya seakan mengajak kepada satu lagi kontroversi baru buat Caprice, hm macam mana tu?
Kes baru?
Menerusi posting tersebut, Caprice meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Alyph atas lagu Swipe yang menjadi trend pada masa kini. Selain itu, dia juga mengajak Aliff Syukri untuk berkolaborasi namun pelawaan itu berbaur sindiran.
Alang-alang jom ah @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu.. tanpa any sotongs ahhh.. – Caprice
Rata-rata warga net mengkritik tindakan itu dan mengaitkan bahawa kontroversi bagi Caprice sebelum ini masih lagi belum mempunyai kesudahan.
Haih, agaknya apa pendapat pembaca Oh! Media dalam hal ni?