Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi rakaman video memaparkan dirinya sedang membuat rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik dipercayai berlokasi di ibu kota, kelmarin.
Apa yang menarik perhatian warga maya apabila timbul persoalan mengenai lokasi Zarina yang tinggal di Nilai namun melakukan rawatan kecantikan tersebut di Kuala Lumpur.
Didakwa merentas negeri atas alasan yang tidak munasabah oleh netizen, Zarina Anjoulie tampil memberi jawapan bagi mengelakkan isu itu daripada terus berlanjutan.
Jelas Zarina, dia berulang-alik dari Nilai ke Kuala Lumpur hanya atas urusan kerja semata-mata.
Ujarnya lagi, dia sudah mendapat kebenaran merentas negeri daripada pihak berkuasa iaitu Balai Polis Nilai dan dia meminta sesiapa yang tidak berpuas hati untuk bertanyakan sendiri kepada balai polis.
Zarina memberitahu dia melakukan rawatan kecantikan tersebut kerana ianya tuntutan kerja iaitu review perkhidmatan liposuction di klinik yang terlibat.