Siapa sahaja yang tak kenal dengan penyanyi Indonesia, Mulan Jameela yang terkenal dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi.
BACA: Mulan Jameela Bantu Ahmad Dhani, Sara 6 Janda Mangsa Kemalangan Anaknya
Baru-baru ini, penyanyi itu mendedahkan bahawa penghijrahannya untuk berhijab disebabkan oleh peristiwa silam yang telah berlaku kepadanya, eh yeke?
Peristiwa hitam
Menurut Mulan, dia membuat keputusan untuk bertudung itu bukan kerana telah menjadi ibu ataupun isteri. Namun, ada peristiwa kelam yang menghantuinya hingga menyebabkan dirinya tekad untuk berhijab.
Saya menemukan kejadian yang membuatkan saya semakin yakin untuk cepat-cepat berubah dan salah satunya adalah kematian. Kematian itu adalah pasti dan tidak boleh ditolak. Siapa je yang boleh tolak kematian? Kita tak boleh nego Ya Allah saya nak meninggal tarikh ni. – Mulan
Apa-apa pun, kita doakan semoga Mulan dapat sentiasa beristiqamah.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media