Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice mengundang kecaman netizen selepas memuat naik video tarian Marry Me yang trending TikTok.
Menerusi video itu, isterinya dilihat menari di sampingnya sambil memegang beberapa jenis perisa vape. Namun, apa yang membuat netizen kurang senang adalah ada ‘scene’ Caprice seolah-olah sedang membuang air di tandas.
Netizen menegur berikutan aurat bahagian pahanya yang terdedah. Rata-rata berpendapat rakaman di tandas itu tidak perlu dimasukkan.
Menurut netizen lagi penyanyi itu selayaknya lebih tahu mengenai batas aurat lelaki.