Memetik laporan daripada Berita Harian, pelakon filem Remp-It itu akan disoal siasat selepas pihak polis menerima laporan berhubung video berkenaan yang mula tular dan menjadi bualan warganet di media sosial.
Beliau juga berkata, jika tidak ada undang-undang, sudah lama dia akan “sembelih” kafir harbi di Malaysia…
Agaknya Zul Huzaimy akan tarik balik tak kenyataan berani beliau, seperti mana penyanyi terkenal Jamal Abdillah lakukan… . pic.twitter.com/mUp2kzGe8W
Perkara itu disahkan Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin yang memaklumkan bahawa Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pelakon tersebut.
Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Untuk info, video Zul menjadi tular selepas dia dilihat memberikan kenyataan bahawa sekiranya tidak memikirkan undang-undang yang ada di negara ini, sudah pasti dia akan menyembelih mereka yang digelar ‘khafir harbi’ di Malaysia.
Walau bagaimanapun, Zul sudah membuat permohonan maaf serta menjelaskan maksud sebenar apa yang cuba disampaikannya melalui satu hantaran di Instagram.