Kita semua nampaknya kena tipu lagi dengan usahawan Datuk Aliff Syukri. Tak sampai seminggu kata nak undur diri dari media sosial, sekarang Aliff dilihat muncul kembali dengan video nyanyi bersama sebatang mop.
Komen netizen sudah pasti turut bagi kecaman tapi apa yang menarik perhatian kami adalah komen dari ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.
Tak tahan tanggung fitnah
Rozita yang kecewa dengan anaknya itu terkejut melihat Aliff muncul di Instagram miliknya. Rozita menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang tak makan saman dan kebal.
Allah… Kebulur sangat dengan laku kri? Tak habis lagi? Tak aman hidup mak kri, kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah, lagu bangang!
Dalam pada itu, Rozita turut melihat anaknya itu lebih mementingkan pihak rakaman lagu berbanding ibunya sendiri kerana takut disaman RM50,000.
Kalau mak nampak kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak. Manusia kebal betul kau kan.
Kami semua terpalit, kau lebih pentingkan pihak recording dari mak sound! Setakat saman 50k, itu pilihan kau yer?