Oh! Artis

“Kamu Tetap Yang Terbaik” – Dikritik Teruk Oleh Mas Idayu, Bapa Sissy Iman Tetap Beri Sokongan

Published on

Umum mengetahui bahawa penyanyi Sissy Iman telah dikritik hebat oleh juri program Famili Duo, Mas Idayu mengenai persembahannya pada Ahad yang lalu.

BACA: “Everything’s Gonna Be Okay, Semua Sayang Kakak” – Ucapan Ayah Sissy Imann Bikin Netizen Sebak

Dilihat terlalu sedih dan kecewa, bapa kepada Sissy, Mohammad Kamil Moustaff tampil memberi dorongan buat anak perempuannya.

Tetap yang terbaik

Menurut Kamil, anaknya itu tetap terbaik di matanya sebagai seorang bapa meskipun mempunyai baik dan buruknya tersendiri.

Sebelum ini, lagu Jampi nyanyian Hael Husaini yang dipersembahkan oleh Sissy Iman dan Naim Daniel mendapat kritikan teruk daripada juri, Mas Idayu.

https://www.tiktok.com/@aswadcici/video/7191480942551174426?_t=8ZHihB0fxOk&_r=1

Menurut Mas Idayu, persembahan lagu yang disampaikan itu tidak sesuai buat mereka dan menganggap nyanyian mereka ‘kasar’ dan tidak sedap.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version