Sebulan mendirikan rumahtangga, pelakon Julia Farhana meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum banyak beri bimbingan mendalami agama.
Selepas mengenali suami, pelakon ini sedar budaya hidup mereka berbeza di mana suaminya dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama. Manakala dirinya pula membesar di Australia dan bapa seorang mualaf.
Malah, tempat ‘dating’ pertama mereka ialah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebab nak menunaikan solat jemaah.
Memang takkan dilupakan kami keluar ‘dating’ ke masjid. Lagipun, sehingga sekarang kami berdua memang selalu ke masjid untuk solat berjemaah.
Kini, Julia sendiri dah biasa dengan aktiviti solat jemaah di masjid yang dah jadi rutin suaminya. Wah untung betul kan?
Dr Che Hafiz juga difahamkan tak pernah mendesak Julia untuk bertudung selepas kahwin.