Umum mengetahui bahawa Azal merupakan seorang anak autisme dan agak sukar baginya untuk bertindak sebagai orang normal. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk berkahwin merupakan fitrah semula jadi manusia.
Mahu berkahwin
Baru-baru ini, Zarina memaklumkan bahawa Azal mempunyai keinginan berkahwin dengan wanita yang normal. Namun, ciri-ciri wanita impian anak lelakinya itu agar sukar buat Zarina untuk memenuhi.
Macam mana nak cari perempuan yang normal yang mana impiannya mahukan perempuan yang cantik, yang tinggi lampai, yang putih melepak, mata bulat, mata coklat, kaki panjang, rambut panjang. Dia nak perempuan rambut panjang je, perempuan bertudung dia tak nak.
Dalam pada masa yang sama, Zarina mendedahkan anaknya pernah dilamar oleh seorang wanita negara jiran yang sangat cantik namun ditolak kerana bertudung.
Saya tunjuk dekat Azal, kemudian Azal mengamuk. Azal cakap “Tak nak, saya tak nak perempuan pakai tudung, tak nak yang berhijab. Ibu faham tak ibu? Do you understand me?”
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Zarina dan mendoakan agar urusan jodoh buat Azal dapat dipermudahkan.
Semoga Azal dapat dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.