Oh! Artis

Janna Nick Dah Ada Pengganti, Bercinta Dengan Nazim Othman Pula?

Published on

Sebelum ini kami ada melaporkan yang Dini Schatzmann bakal menjelaskan sesuatu yang besar tentang hubungannya bersama pelakon dan penyanyi, Janna Nick.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum ada apa-apa kenyataan lagi berhubung perkara itu yang dibuat Dini dan ada pula netizen mendakwa mereka berdua ni sebenarnya sudah berkahwin dan ada yang mendakwa mereka sedang menantikan cahaya mata! Biar betul?

BACA : Netizen Dakwa Janna Nick Dan Dini Schatzmann Sebenarnya Dah Kahwin Dan Sedang Menanti Cahaya Mata?

Terbaru! Janna Nick telah memuat naik satu posting di Instagram yang menunjukkan foto dirinya bersama seorang pelakon lelaki, Nazim Othman.

Kalau korang tengok gambar tu, mereka berdua kelihatan sangat mesra sambil ketawa riang. Menerusi caption pula, pelakon itu meluahkan rasa teruja apabila dapat meluangkan masa dengan Nazim Othman.

We could talk for hours & tak rasa bosan langsung. Tq for your time.

Di ruangan komen, ramai yang menyangka bahawa Janna telah dapat pengganti bekas kekasihnya itu dan ada juga yang menyokong kalau benar mereka telah menjalinkan hubungan cinta. 

Kalau betul, apa salahnya betul tak? Apapun, semoga yang terbaiklah untuk Janna. 

Kredit: Instagram Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version