Selebriti terkenal, Zizan Razak mengundang perhatian netizen apabila menghadiahkan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz GLC300.
BACA: Peminat Takut Zizan Razak Jaga Jodoh Orang Lain Lagi Lepas Buat Trend Langgar Bahu Dengan Pelakon Cantik
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di TikTok, abang Zizan memberitahu ibunya sudah lama memasang impian untuk memiliki kereta itu.
Mereka berpura-pura kononnya mahu melihat kereta di galery showroom sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Ibunya sempat melihat kawasan sekitar dan merakam video kereta-kereta mewah tersebut. Siapa sangka kereta yang dibalut kain hitam siap reben merah yang dirakam adalah milik diri sendiri.
Abang Zizan iaitu Hafiza berterima kasih kepada adiknya yang telah banyak berkorban dan berbakti untuk keluarga.
Dia mengharap adiknya itu juga akan menerima kejutan yang ditunggu-tunggu suatu hari nanti.
Di ruangan komen, netizen memuji selebriti itu yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk membahagiakan syurganya.
Meskipun belum dikurniakan jodoh, netizen tumpang gembira melihat Zizan dimurahkan rezeki dari sudut lain.
Kredit: TikTok Hafiza Razak
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.