Oh! Artis

“Jangan Jadikan Takdir Sebagai Alasan” – Ibu Syamsul Yusof ‘Belum Siap Kehilangan’ Puteri Sarah Dan Cucu

Published on

Ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail diketahui sangat menyayangi menantu dan cucu-cucunya. Beliau sebelum ini lantang bersuara dan sentiasa menyokong segala tindakan Puteri Sarah di saat rumah tangga dilanda masalah.

Ibu Syamsul Yusof ‘belum siap kehilangan’ menantu dan cucu

Terbaru, menerusi Instagram story Datin Patimah ada berkongsi gambar Puteri Sarah bersama Syaikhul dan Sumayyah berlatar belakangkan lagu bertajuk ‘Belum Siap Kehilangan’.

Jangan jadikan takdir sebagai alasan

Tanpa menyebut nama, beliau menasihati supaya tak menjadikan isteri sendiri sebagai musuh. Yang sepatutnya dijadikan musuh pula diangkat sebagai isteri.

Katanya lagi, penyondol memang terbukti bersalah kerana merampas suami orang dan tak sepatutnya menjadikan takdir sebagai alasan.

Seperti diketahui ramai, sebutan kes permohonan cerai Puteri Sarah terhadap Syamsul telah ditetapkan pada 7 Mac depan, sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9 tahun.

BACA: “I Did My Best” – Sebutan Pertama Kes Cerai Pada 7 Mac, Sehari Sebelum Anniversary Ke-9

Kredit: Instagram Datin Patimah Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version