Beberapa hari yang lalu, pemain kelab bolasepak JDT, Safawi Rasid sudah pun selamat diijabkabulkan dengan Syifa Melvin.
BACA: “Buat Apa Cantik, Tapi Tidak Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga” – Shaheizy Sam
Seperti yang kita tahu, Syifa merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin yang juga merupakan isteri kepada Shaheizy Sam.
Sam buat lawak minta payung emas untuk Syatilla
Terbaru, Sam berkongsi satu video membuat persiapan dengan mencari pakaian sempena meraikan majlis pernikahan Safawi dan Syifa menerusi TikToknya.
Menerusi video tersebut dapat dilihat Sam begitu segak sambil mengenakan samping berwarna putih.
Sam juga sempat bergurau dengan cara meminta ‘payung’ untuk diberikan kepada isterinya, Syatilla.
Ada payung tak? Payung, ada jual payung? Warna emas, bagi isteri saya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Sam yang bergurau dengan isterinya itu.
Kredit: TikTok Shaheizy Sam
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media