Penampilan pelakon jelita ini yang mengenakan jubah berwarna ungu berselfie di hadapan cermin menjadi tanda tanya. Apatah lagi apabila gambar-gambar lama dipercayai turut dipadam.
Baru sahaja satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 50,000 tanda suka. Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian itu ditutup. Perkongsian juga dimuat naik tanpa sebarang kapsyen.
Untuk rekod, pelakon dan usahawan popular ini mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.