Pelakon Indonesia yang popular dengan drama bersiri Layangan Putus, Anya Geraldine menjadi tumpuan selepas dia memuat naik foto mengenakan kostum Mystique seperti dalam filem X-Men.
Perkongsian Anya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut Instagram termasuk rakan artis. Ada yang memberi respon positif dan ada juga yang mengecam selebriti ini yang dilihat terlalu seksi.
Cat badan 3 jam
Mana taknya, kostum tersebut dilihat sangat ‘real’ sehingga menonjolkan bentuk badan Anya. Tak mahu berselindung, pelakon ini memberitahu dia tak pakai bodysuit sebaliknya badannya dicat biru. Untuk hasil seperti itu, team Anya telah bekerja keras selama tiga jam untuk proses solekan dan cat badan.
Katanya lagi, apa yang ada di badannya adalah ‘hasil tangan’ sepenuhnya kerana ditampal satu persatu. Dia berasa sangat teruja dengan hasilnya walaupun pada awalnya risau akan gagal.
Pendedahan Anya ternyata telah membuatkan para peminat terkejut. Iyalah, mereka ingatkan Anya pakai lapisan kain rupanya tidak.