Oh! Artis
Isteri Nubhan Tak Tahu Suami Ada Rumah Di Dengkil, Ingat Milik Sepupu
Kes lafaz cerai Nubhan dan isteri akan ditentukan pada Disember ini.
Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof, mendedahkan sesuatu yang mengejutkan ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Dr. Afifah mengakui tidak tahu langsung tentang kewujudan rumah milik suaminya di Southville, Dengkil, Selangor.
“Saya ingatkan rumah sepupu dia”

Sepanjang lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Afifah berkata dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah tersebut dan menyangka ia milik saudara suaminya.
Dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi, mahkamah dimaklumkan bahawa Nubhan memiliki rumah di kawasan berkenaan, sekali gus menjadikan Mahkamah Syariah Sepang sebagai pihak berbidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.
Saya tidak tahu pun rumah itu milik kami. Saya ingatkan rumah sepupu dia.
Kes berkenaan difailkan oleh Nubhan bagi mengesahkan dua lafaz cerai terhadap isterinya, termasuk lafaz talak kedua yang didakwa berlaku pada 26 Ogos lalu.

Hakim Syarie menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh keputusan selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam masing-masing.
Dalam pada itu, Dr. Afifah yang dilihat tenang ketika ditemui media mengakui setiap rumah tangga tidak terlepas daripada ujian, namun menegaskan bahawa beliau masih menyayangi keluarganya.
Biasalah dalam rumah tangga ada pasang surut, tetapi saya masih sayang keluarga saya.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa wujud orang ketiga yang menjadi punca kepada kemelut rumah tangga mereka.
Pssttt! Oh! Media doakan agar urusan Nubhan dan Dr. Afifah dipermudahkan serta mereka berdua dapat selesaikan semuanya dengan baik demi keluarga dan anak-anak.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM