Bekas penyampai radio, Ismahalil telahpun dibebaskan dan terlepas dari hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi.
BACA: Terkini! Bekas Penyampai Radio, Ismahalil Terlepas Dari Hukuman Mati
Isma yang ditemui pihak media di luar mahkamah turut mengucapkan rasa syukur dan mengakui perlukan masa untuk berehat.
Beri saya waktu untuk berehat, saya sudah ‘berehat dalam hati’ selama 2 tahun. Beri saya berehat dalam hidup. Saya akan kembali.
Isma yang memakai baju T putih dan berkopiah itu turut ditanya tentang akan kembali untuk menjadi pemyampai radio atau tidak.
Saya akan kembali kerana radio adalah hidup dan nyawa saya. Insya-Allah saya kembali dengan nafas yang baharu.
Untuk pengetahuan korang, Ismahalil adalah pengasas dan penyampai radio Bapakku FM dan sering bergandingan dengan Yasin Senario.
Kredit: Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.