Siapa yang masih tak kenal dengan Sofyank noob! Haha! Bukan apa, anak muda macam inilah yang sepatutnya kita angkat dan sokong apa yang dilakukannya untuk lebih berjaya.
Sofyank yang cukup terkenal dengan gelaran Zach King Malaysia ni memang power hasilkan video yang cukup mengujakan. Hasil kerja Sofyank ni punyalah hebat sampai berjaya bekerjasama hasilkan video dengan nama besar Hollywood macam Zach King sendiri idola dia, Will Smith dan John Cena.
Tapi anak kelahiran Kelantan ini tak terhenti dekat situ sebab terbaru dia memukau netizen Malaysia sekali lagi lepas mengumumkan kerjasama terbarunya bersama pelakon Hollywood kegemaran ramai iaitu, Ryan Renolds.
Terdahulu, menerusi Instagram dia ada memuat naik video ‘teaser’ namun tidak menunjukkan muka pelakon itu. Tapi masa ni, walaupun muka kabur, senang sangat nak teka tu Ryan, haha!
Sofyank kemudian mendedahkan video cgi projek terbaru bersama Ryan Reynolds dan rata-rata peminat memang tak sabar nak tengok hasilnya.
Baik jemput Sofyank, bukan kaklong!
Netizen memuji anak muda ini dengan pencapaiannya dan berpendapat individu sepertinya wajar dijadikan inspirasi. Seorang individu di Twitter berkata, Sofyank adalah contoh yang boleh dijemput oleh stesen TV AlHijrah yang tular baru-baru ini kerana menjemput ‘kak long’ menjadi tetamu jemputan.
Zach King dah, Will Smith dah, John Cena dah, Ryan Reynolds pun sudah.. Sofyank nilah contoh yang sepatutnya TV AlHijrah jemput untuk diteladani pemuda lain.. Bukan kaklong. https://t.co/JoBGJITthZ