Oh! Artis

Ini Perkembangan Terkini Kes Perbicaraan Libatkan Ebit Lew

Published on

Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew masih belum selesai berhadapan dengan kes yang terpalit dengan nama baiknya itu.

BACA: Kes Gangguan Seksual Libatkan Ebit Lew Tular Di Indonesia

Pihak Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah kini telah menetapkan 1 hingga 5 Ogos nanti sebagai perbicaraan kes Ebit atas pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah.

Penetapan itu diumumkan Majistret Nur Asyraf Zolhani selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk melakukan 11 lagi pertuduhan terhadap Ebit Lew serentak dan memerlukan masa.

Untuk pengetahuan korang, tahun lepas Ebit Lew telah dituduh membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang dilihat mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp yang melakukan perkara itu antara bulan Mac hingga Jun 2021.

Tuduhan itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dipenjara 5 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version