Manakan tidaknya, penyanyi itu dilihat tampil dengan tatu yang diletakkan pada bahagian lengan kiri dan belakang badannya.
Malah, imej tatu tersebut turut dihiasi dengan ‘tanduk merah’ seperti syaitan yang sememangnya tidak bersesuaian dengan penampilan Shima sebagai seorang yang beragama Islam.
Namun begitu, Shima tidak pula menjelaskan dengan lanjut mengapa dia bertindak seperti itu tetapi menyuruh peminat yang ingin tahu agar menonton video di saluran YouTube miliknya.
Setelah ditinjau, penampilan bertatu Shima itu rupanya hanyalah sekadar gurauan atau ‘prank’ di mana ia adalah sejenis pelekat yang boleh dipadam, bukanlah kekal.
Baru sahaja membuka ruang untuk dikecam, penjelasan Baby Shima itu ternyata meleraikan rasa panik dalam kalangan peminatnya.