Pelakon veteran, Mak Wan Latah baru-baru ini dilaporkan telah bercerai talak satu selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.
Walau pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya, Mak Wan reda dengan perpisahan itu dan enggan mengaibkan sesiapa.
BACA: “Cukuplah, Jangan Fitnah Lagi” – Mak Wan Tak Mahu Aibkan Keluarga Sebelah Sana, Reda Dengan Takdir
Terbaru, kecoh pula di Twitter apabila ada individu mendakwa Mak Wan telah menyihir neneknya yang juga merupakan pelakon. Individu itu mendakwa neneknya yang dikenali sebagai Kak Chah jatuh sakit akibat perbuatan Mak Wan.
Berasa kesal dan terkejut, Mak Wan telah menghubungi Ery iaitu anak kepada Kak Chah untuk mendapatkan penjelasan mengenai fitnah yang tersebar itu.
Ery bagaimanapun menafikan dakwaan dibuat anak saudaranya itu dan menegaskan Mak Wan dan Kak Chah baik-baik sahaja.
Memberi alasan tersalah orang, individu itu tampil memohon maaf dan telah memadam hantaran di Twitter. Pihak Mak Wan difahamkan akan meneruskan dengan tindakan undang-undang.
Pemilik akaun TikTok ini berkata pelakon veteran itu tertekan dan menangis siang malam disebabkan fitnah tersebut.
Kesiannya Mak Wan, lepas satu-satu dugaan datang. Harap Mak Wan tabah menghadapi ujian hidup.
Kredit: TikTok @itzzme.mell
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.