Setiap ibu bapa pasti ada menyimpan impian dan harapan terhadap anak-anak mereka apabila mereka besar nanti. Macam tu jugalah dengan angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor di mana dia mahukan ketujuh-tujuh anaknya menjadi doktor.
Untuk memastikan impiannya itu menjadi kenyataan, dia mengajar anak-anaknya untuk menyebut cita-cita mereka sebelum tidur.
I want them all to become doctors so I write it down for them ‘I want to become doctors’..
Apapun, ada pula segelintir netizen yang tak puas hati dengan hasrat beliau dengan menyatakan cara Sheikh Muszaphar seperti memaksa anak-anak mengikut impiannya.
Ada juga yang mengatakan Sheikh sepatutnya mendengar cita-cita yang diidamkan anak-anak dan menganggap cara angkasawan ini boleh membuat anak-anak tidak tahu mahu menjadi apa di masa hadapan kelak.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.