Penyanyi tempatan, Ariff Bahran baru-baru ini telah menerima kritikan netizen kerana memuat naik video dirinya mengeluarkan duit dalam peti sejuk. Eh kenapa pula tu?
Video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan dirinya seolah-olah mahu mengambil sesuatu dari peti sejuk kerana lapar. Namun, sejumlah wang yang banyak dipercayai hasil aktiviti tradings miliknya turut tersimpan di dalam peti tersebut.
Simpan duit dalam peti sejuk
Dalam video itu juga, Ariff seolah-olah terkejut melihat duit yang banyak tersebut dan melupakan hasrat mencari makanan kerana ‘kenyang’ melihat wang berkenaan.
Menjengah ke ruang komen, segelintir netizen mengkritik tindakan penyanyi terbabit yang menunjuk-nunjuk di khalayak ramai. Malah ada juga yang melabel dirinya sebagai seorang yang takbur.