Oh! Artis

“Hati-Hati Janda, Dara” – Zizan Razak Belanja Lengan Berotot, Kapsyen Bikin Terhibur

Published on

Selebriti serba boleh, Zizan Razak mencuit hati pengikut Instagram apabila memuat naik gambar menunjukkan bahagian lengannya yang berotot.

Di ruangan kapsyen, pelawak ini sempat memberi amaran kepada golongan janda dan anak dara supaya berhati-hati kerana lengan itu mampu menggoncang ‘hati’ wanita.

Lengan bisa menggoncang hati janda dan dara

Kapsyen lawak itu telah mengundang pelbagai respon daripada peminat dan rakan artis. Ada rakan artis yang ‘terpesona’ dengan perubahan itu, sampai minta tips macam mana nak jadi sado.

Malek KL Gangster pun ajak sparring tu, lain macam penangan lengan sado Zizan ni kan? Apa-apa pun semoga Zizan dapat bentuk badan yang diidamkan.

Kredit: Instagram Zizan Razak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version