Pelakon dan usahawan, Hafreez Adam mendedahkan yang dia ditawar seorang individu untuk menjadi ‘anak ikan’. Macam-macam hal!
Menurut laporan xtra, Hafreez menunjukkan screenshot di IG Story dimana individu itu mesej dia dan menawarkan bayaran sebanyak RM300,000 untuk melakukan perkara itu.
Hi I nak offer u 300k jadi anak ikan bukan nak scam u hahaha I serious. Boleh reply dm ni.
Walau bagaimanapun, Hafreez tak berdiam diri dan terus membalas komen dengan memerli individu berkenaan.
Kaya ea. Nak buat sumbangan dekat rumah kebajikan tak? I have contacts.
Bukan tu jer, pelakon itu juga tidak sangka kalau jadi ‘anak ikan’ dapat bayaran sebanyak itu.
Mahal juga ea bayaran rupanya.
Banyak tu RM300,000. Apapun, janganlah buat perkara-perkara terlarang disebabkan tawaran sebegitu. Tak baik!
Kredit: xtra
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.