Selepas 2 tahun tidak dapat bersama, tahun 2022 kali ini dapat juga kita raikan Hari Raya Aidilfitri di kampung berkumpul dengan keluarga. Gembira rasanya tengok perkongsian rakyat Malaysia yang dapat luangkan masa dengan keluarga pagi raya semalam.
Antara yang berjaya menarik perhatian netizen adalah gurauan pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan.
Zaquan yang berkongsi satu video di Instagram miliknya, terlihat Zaquan yang sedang tidur di dalam bilik dan diganggu abangnya Zafuan yang meletakkan mercun telur naga dalam sebuah periuk untuk mengejutkan adiknya.
Zaquan yang sedang tidur terkejut dan tidak menyangkakan langsung akan dikenakan sampai macam tu.