Connect with us

Oh! Media

“Gaduh, Tak Pujuk Tak Balik..” – Abby Abadi Tersentuh Dengar Nasihat Ayah Amira Othman

Ohmedia abby

Oh! Artis

“Gaduh, Tak Pujuk Tak Balik..” – Abby Abadi Tersentuh Dengar Nasihat Ayah Amira Othman

Abby Abadi tersentuh dengan nasihat Ayah Amira Othman tentang rumah tangga.

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, baru-baru ini meluahkan rasa sebak selepas menonton video nasihat daripada ayah kepada Amira Othman.

Menerusi perkongsian di Thread, Abby berkata nasihat yang diberikan sangat mendalam dan menyentuh hati kerana dia pernah melalui kegagalan rumahtangga satu ketika dulu.

“Memang buat saya rasa nak nangis…”

Abby turut mengakui bahawa antara nasihat paling terkesan ialah tentang pentingnya tidak keluar rumah atau berpisah tempat tidur walau sedang bergaduh, kerana dari situlah sering bermula ruang perpisahan.

IKLAN

Antara point yang paling saya ingat dalam video tu sebab saya memang dah tahu tentang ni sebab saya lalui sendiri pun. Gaduh, tak pujuk, tak balik berbulan-bulan… memang membuatkan keadaan jadi lebih buruk, banyaklah point lain yang menusuk di kalbu. Sayu.

Abby menambah, nasihat itu sangat dekat di hatinya kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman getir dalam rumah tangga dan tahu bagaimana perasaan itu boleh menjejaskan hubungan jika tidak diurus dengan baik.

@aziecharms

MasyaAllah Tabarakallah. Sedih nya rasa hati.. Moga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga Allah.. Aamiin #fattahamin #amiraothman #jodoh #perkahwinan #unifi

♬ original sound – Idris Shamsuddin – Idris Shamsuddin

Pssttt! Nasihat yang disampaikan oleh Ayah Amira Othman jelas memberi kesan bukan sahaja kepada bakal pengantin, tapi juga kepada mereka yang pernah melalui badai rumah tangga. Kadang-kadang, kata-kata penuh hikmah seperti inilah yang mampu menyentuh jiwa dan membuka mata tentang erti sebenar sabar dan setia dalam perkahwinan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas