Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob baru-baru ini berkongsi satu hantaran di Instagramnya yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada semua.
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya itu, dia berkongsi kepada kesemua pengikutnya bahawa anak-anaknya akan menyertai kelas pengurusan jenazah bersama seorang ustaz.
Difahamkan, ustaz yang mengetuai kelas tersebut bertanyakan sama ada mereka mahu menonton cara menguruskan jenazah melalui video ataupun mengadakan latihan secara sebenar.
Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul- betul. Then ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke?
Saya cakap, takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul2 jugak kan?
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Fazley terhadap anak-anaknya itu. Secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada semua warganet yang melihat perkongsiannya itu.