Oh! Artis

Fathia Latiff ‘Show Off’ Pencapaian, Nak Tunjuk Lebih Hebat Dari Zahirah Macwilson

Published on

Selepas membuat provokasi mengkritik rupa paras Zahirah Macwilson, pelakon Fathia Latiff ‘show off’ pencapaiannya dalam bidang seni pula.

BACA: “Lagi Kakak Tengah Mengandung”- Respon Ibu Zahirah Macwilson Selepas Anaknya Dikutuk

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fathia berkata dia pernah menjadi muka depan untuk lebih 10 majalah.

Dia juga memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH29) pada tahun 2016.

Pelakon ini membuat konklusi dia adalah queen (pemenang) jika dibandingkan dengan Zahirah. Jadi kes ditutup katanya.

Ingatkan dah habis! Selebriti berumur 36 tahun ini sempat throwback salah satu filem lakonannya yang ditayangkan di Youtube meraih hingga 21 juta tontonan.

Kredit: Instagram Fatiya Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version