Menerusi beberapa hantaran di Instagram, penyanyi jelita ini berkongsi foto di depan Kaabah bersama suami Tiko Aryawardhana, anak tunggalnya, Noah, serta ibunya.
Tetapi lain pula yang jadi apabila netizen tertarik kepada bulu mata palsu atau eyelash extension yang dikenakan penyanyi itu.
Netizen mempersoalkan pemakaian bulu mata itu yang diketahui menghalang air wuduk. Ada segelintir netizen mengkritik Bunga Citra Lestari yang dikatakan mengambil ringan mengenai hukum agama.