Oh! Artis

Exercise Dalam Telekung Sembahyang, Sharifah Sakinah Undang Kecaman

Published on

Sebagai seorang selebriti, setiap tingkah laku semestinya menjadi perhatian orang ramai. Tambahan lagi selebriti sinonim dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial. Apa yang dirasakan keterlaluan, pasti menerima teguran ke arah yang lebih baik.

BACA: ‘Ingatlah, Kita Dari Keturunan Mulia’ – PU Syed Tegur Sharifah Sakinah

Terbaru, Sharifah Sakinah sekali lagi dikecam gara-gara melakukan senaman dengan memakai telekung. Menerusi video pendek yang dimuat naik, Sharifah Sakinah dilihat membuat panggilan video bersama tunangnya, Michael Hansen.

Bila malam jumaat lepas tu terus masuk class. Tak sempat tukar gym attire.

Di ruangan kapsyen, Sharifah Sakinah turut berterima kasih kepada Marsha Milan dengan memaklumkan telekung yang dipakai sangat ringan.

Walau bagaimanapun, netizen dilihat kurang senang dan menganggap ‘bersenam’ sambil memakai telekung adalah tidak bersesuaian. Menurut mereka, telekung adalah pakaian untuk solat dan seseorang hendaklah menjaganya dengan baik.

Kredit: Sharifah Sakinah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version