Oh! Artis

Ebit Lew Kantoikan Kehamilan Intan Ladyana

Published on

Walaupun pelakon jelita, Intan Ladyana masih mendiamkan diri dari menjawab dakwaan kehamilannya, banyak pihak yang terus menerus membuat spekulasi berkenaan dengan khabar berita gembira itu.

BACA: (FOTO) Intan Ladyana Selamat Diijabkabul, Tampil Berseri Dalam Busana Serba Putih

Bagaimanapun, tular sebuah video ucapan dan doa yang dititipkan oleh pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew baru-baru ini ibarat mengiyakan tentang kehamilan pelakon tersebut.

Dalam video yang dikongsikan oleh suami Intan iaitu Harris Alif, dia meminta satu permintaan dari Ebit Lew untuk mendoakan kesejahteraan isterinya.

Dalam pada mendoakan semoga hubungan suami isteri tersebut kekal hingga ke Jannah, Ebit turut mendoakan untuk kandungan Intan ketika ini.

Semoga Harris dan Intan Allah sentiasa beri bahagia sampai bila-bila, mati pun dipisahkan sampai ke syurga Firdaus. Mudah-mudahan selamat In Shaa Allah kandungan anak yang soleh dan solehah.

Pelakon drama Adnan Sempit itu turut meninggal komen dengan berkata Aminn dalam hantaran yang sama.

Terdahulu, tular berkenaan pelakon ini sedang berbadan dua ekoran tersebarnya sebuah foto dan video yang menampakkan baby bump pada perut Intan.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version