Semalam telah berlangsungnya Anugerah Industri Muzik kali ke-23 (AIM23) dengan beberapa artis berjaya merangkul anugerah untuk beberapa kategori yang dipertandingkan.
Dan seperti biasa, anugerah berprestij yang dibuat secara langsung ini pasti akan disajikan dengan persembahan artis-artis terkenal bagi menghiburkan para penonton di dewan mahupun di rumah.
Nyanyian Janna Nick terlalu ‘perfect’
Tidak ketinggalan, Janna Nick yang kini sedang berjinak-jinak menceburi dalam bidang nyanyian turut melalukan persembahan pada malam anugerah tersebut.
Namun, persembahan Janna Nick yang mendendangkan lagu terbarunya, Nakal mendapat perhatian warganet yang sedikit harian kerana dikatakan terlalu ‘perfect’ bagi persembahan yang dilakukan secara langsung.
Janna Nick mohon maaf, akui ‘miming’ kerana kurang sihat
Menyedari persembahan nyanyiannya mendapat kecaman warganet, Janna Nick tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurut Janna Nick, dia mengakui ‘miming’ ketika membuat persembahan kerana mengalami masalah kesihatan selepas dijangkiti virus sehingga menyebabkan dirinya kehilangan suara.
Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij AIM23. Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati.
Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza 2 minggu lalu. Kesihatan saya amat terganggu.
Tak apalah Janna, pada asalnya pun awak bukanlah seorang penyanyi. Kami tahu awak dah buat yang terbaik.